TEXAS

TEXAS

Sunday, March 19, 2017

MODEL : GALAXY DX-959 40 CHANNEL AM / SSB MOBILE CB RADIO COUNTER FREQ



Pertama kali kami ingin memperkenalkan cb radio kami yang pertama yang menjadi kegilaan para peminat cb radio.

Model : Galaxy DX-959 40 Channel AM / SSB Mobile CB Radio dengan Counter Frequency

• Besar, mudah untuk dibaca meter dengan skala untuk output kuasa, modulasi, SWR dan isyarat yang diterima.
• Lima angka kaunter kekerapan dengan digit hijau yang besar, dua digit paparan saluran dengan digit hijau yang lebih besar, kuasa kawalan output berubah-ubah, litar talkback ubah dengan suis hidup / mati.
• litar automatik SWR dan LED SWR amaran, Roger Beep dengan suis hidup / mati
• Kawalan ubah dimmer dengan menekan suis untuk mematikan lampu meter dan paparan digit, 3-kedudukan suis nada untuk menerima.
• Proprietary Galaxy Noise Filter (GNF) Litar mengurangkan bunyi untuk membantu dalam pemulihan isyarat SSB lemah.








VIDEO DX-959

26 April 2017
9.57 am
Contact with om coki from Bali Island. Transmit from Sg Petani with low power mode 7watt.
Antenna yagi 2 element 20 foot high from ground.


                                                              

Tuesday, March 14, 2017

Ini adalah UNOFFICIAL "TR CB RADIO GROUP' di Malaysia -CALLING CHANNEL-CHANNEL 34 ,FREQUENCY 27.345Mhz (MODE: USB)



TR CB RADIO GROUP



Radio Jalur Rakyat (citizen band, CB) merupakan penyiaran tanpa lesen yang disiarkan melalui frekuensi yang ditetapkan khusus untuk kegunaan ini. Frekuensi yang dibenarkan adalah 27Mhz bagi pancaran HF dan 477Mhz bagi pancaran UHF. CB radio di kebanyakan negara adalah sistem radio jarak pendek komunikasi diantara individu-individu pada frekuensi daripada 40 saluran dalam 27Mhz (11 meter band). CB radio adalah berbeza daripada FRS, GMRS, MURS atau amatur (HAM) radio. Di kebanyakan negara, CB tidak memerlukan lesen dan tidak seperti radio amatur, mungkin boleh digunakan untuk perniagaan mahupun komunikasi peribadi. Seperti radio dua hala perkhidmatan lainnya, Citizens Band adalah saluran bersama oleh banyak pengguna. Hanya satu stesen boleh memancar pada suatu masa. Stesen lain harus mendengar dan menunggu bersama saluran yang sedia. Seiring waktu, beberapa negara telah membuat perkhidmatan radio yang sama, dengan pelbagai keperluan untuk keizinan dan standard teknikal yang berbeza-beza. Meskipun mereka mungkin dikenali dengan nama lain, seperti General Radio Service di Kanada, mereka sering menggunakan frekuensi yang sama (26-28 Mhz). CB radio boleh mencapai hingga 4 atau 5 batu, bergantung kepada cuaca dan jenis medan di kawasan tersebut. Hal ini disebut "SHORT SKIP" tetapi isyarat mungkin boleh menjangkau lebih jauh dan ini dikenali sebagai "LONG SKIP". Di Malaysia terdapat Unofficial TR CB Radio Group yang memberi perkhidmatan untuk pendaftaran Callsign



CB RADIO DI MALAYSIA

CB Radio sangat popular di Amerika sekitar tahun 70an. Kemudian penggunaanya merebak ke negara-negara lain seperti Britain, Australia, New Zealand serta lain-lain negara. Penggunaan CB Radio di Malaysia tidak begitu ketara kerana di Malaysia pada masa lalu sangat-sangat ketat peraturan mengenai pengunaan gelombang radio dan CB radio mulai sah di gunakan di Malaysia bilamana pihak MCMC (Malaysia Communication and Multimedia Comission) atau SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia) mengeluarkan notis pengumuman PENGUNTUKAN KELAS pada April 2000 dan di tambah beberapa frequency baru pada 1 APRIL 2010 ( Class Assignments no. 1 of 2010). Penggunaan CB radio di Malaysia TIDAK DI KENAKAN APA-APA BAYARAN atau MEMERLUKAN LESEN PERIBADI (AA) seperti RADIO AMATEUR selagi penggunaanya mengikut peraturan-peraturan yang di sebutkan didalam PENGUMUMAN PENGUNTUKAN KELAS,. Jadual ke lima adalah penerangan untuk CB RADIO atau PERSONEL RADIO SERVICES. CITIZEN BAND RADIO (CB Radio) atau Personal Radio Service (PRS) yang di benarkan untuk di gunakan tanpa lesen di Malaysia mestilah menggunakan frequency berikut: 1. 26.965 Mhz to 27.405 Mhz multimode 4 Watt AM/FM 12 Watt pep SSB (HF 40 Channel) 2. 477.0125 Mhz to 477.4875 Mhz FM mode 5 Watt (UHF 39 Channel) 3. 477.525 Mhz to 477.9875 Mhz FM mode 0.5 Watt (UHF 39 Channel) 4. PMR 446.00625 Mhz to 446.09375 Mhz FM mode 0.5Watt (8 Channel) 5. Digital PMR 446.103125 Mhz to 446.196875 Mhz Digital FM mode 0.5 Watt (16 Channel). Jadi disini menunjukkan sekarang ini orang ramai tidak dihalang untuk menggunakan peralatan radio comumunications tanpa perlu mendapatkan lesen peribadi selagi penggunaannya mengikut terma dan syarat MCMC (SKMM), kerana ianya tidak perlu menduduki apa-apa peperiksaan seperti Radio Amateur atau Ham Radio. Anda boleh menubuhkan group atau KELAB CB RADIO dikalangan rakan-rakan anda dan memilih senarai frquency mana yang anda ingin gunakan, samada CB HF 27 Mhz atau UHF CB FM 477 Mhz atau PMR 446 Mhz atau kesemua frequency yang di benarkan dengan membeli transceiver atau walkie-talkie untuk HF 27Mhz CB dan UHF 446Mhz atau 477Mhz. Sesungguhnya hobi di bidang radio ini mempunyai keseronokan tersendiri yang tidak ditemui dalam hobi yang lain, kenapa anda tidak ceburi dan rasai sendiri keseronokan bersembang dengan rakan-rakan yang anda kenali atau baru ingin mengenalinya melalui udara tanpa memikirkan bil yang harus dibayar seperti penggunaan talipon bimbit.!!!. Melakukan eksperimen atau membuat sendiri CB antenna, power supply atau melakukan DXing dengan berkumpul sesama rakan CBer. Jarak perhubungan purata CB radio adalah di antara 2km hingga 18km dimana dalam masa-masa tertentu boleh mencapai sehingga ribuan km sekiranya anda menggunakan HF CB 27Mhz mode SSB (USB atau LSB) !!!.


CB RADIO ADALAH UNTUK KEGUNAAN SEMUA RAKYAT DI MALAYSIA. TANPA PERLU MEMBAYAR SEBARANG LESEN PERIBADI ATAU MENGAMBIL SEBARANG PEPERIKSAAN !. TUNGGU APA LAGI BELILAH CB TRANSCEIVER DAN MULAI `ON AIR`Yang perlu cuma anda membeli sebuah CB Transceiver, power supply dan antenna atau Mobile CB antenna (untuk kegunaan pada kereta, lori, caravan atau bas). Anda boleh membeli CB Transceiver seperti contact yang tertera seperti di bawah selepas mendapat Sirim approval.
Tak kira anda siapa, peguam, jurutera, pemandu bas, pemandu trailer kontena, pemandu teksi, guru atau sebagainya yang penting anda sukakan hobi perhubungan radio maka cb radio ni sangat berguna untuk anda gunakan semasa dalam perjalanan, semasa berkonvoi, semasa kecemasan atau hanya untuk sembang-sembang. PERINGATAN ! Adalah menjadi kesalahan disisi undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), menggunakan sebarang peralatan komunikasi dua hala selain dari CB RADIO atau PMR di dalam kenderaan atau sebagainya tanpa memiliki lesen (AA) yang sah, jadi satu-satunya alat komunikasi dua hala yang tidak memerlukan lesen untuk digunakan adalah CB RADIO atau PRS RADIO.

Monday, March 13, 2017

SALURAN / CHANNEL BAGI TR CB RADIO GROUP


Anda boleh mula 'on air' dengan monitor di CH 11 (Calling Channel 27.085 Mhz) atau
CH 30(27.305 Mhz) !. Semoga kita bertemu di udara di CH 11 atau CH 30 atau dimana-mana CH yang dibenarkan (40CH). Yang perlu anda ketahui MCMC menetapkan CH 9 (27.065 Mhz) adalah untuk tujuan KECEMASAN (CH EMERGENCY) dan CH 11 (27.085 Mhz) adalah CH PANGGILAN (CH CALLING).

 CH 1: 26.965 Mhz
 CH 2: 26.975 Mhz
 CH 3: 26.985 Mhz
 CH 4: 27.005 Mhz
 CH 5 : 27.015 Mhz
 CH 6: 27.025 Mhz
 CH 7: 27.035 Mhz
 CH 8: 27.055 Mhz
 CH 9: 27.065 Mhz (EMERGENCY)
 CH 10: 27.075 Mhz
 CH 11: 27.085 Mhz (CALLING)
 CH 12: 27.105 Mhz
 CH 13: 27.115 Mhz
 CH 14: 27.125 Mhz
 CH 15: 27.135 Mhz
 CH 16: 27.155 Mhz
 CH 17: 27.165 Mhz
 CH 18: 27.175 Mhz
 CH 19: 27.185 Mhz
 CH 20: 27.205 Mhz
 CH 21: 27.215 Mhz
 CH 22: 27.225 Mhz
 CH 23: 27.255 Mhz
 CH 24: 27.235 Mhz
 CH 25: 27.245 Mhz
 CH 26: 27.265 Mhz
 CH 27: 27.275 Mhz
 CH 28: 27.285 Mhz
 CH 29: 27.295 Mhz
 CH 30: 27.305 Mhz (Indonesian CBer`s Active)
 CH 31: 27.315 Mhz
 CH 32: 27.325 Mhz
 CH 33: 27.335 Mhz
 CH 34: 27.345 Mhz (TR CB RADIO GROUP)
 CH 35: 27.355 Mhz
 CH 36: 27.365 Mhz
 CH 37: 27.375 Mhz
 CH 38: 27.385 Mhz
 CH 39: 27.395 Mhz
 CH 40: 27.405 Mhz.

CALLING CHANNEL UNTUK TR CB RADIO GROUP 113 TR ADALAH CH 14 AM CALLING, CH 20 FM CALLING DAN CH 22 SSB CALLING. (113 TR xx).

Bagi mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Gombak dan sekitarnya boleh membuat pangilan di CH 14 AM CALLING (27.125Mhz) CH 20 FM CALLING (27.205Mhz) dan CH 22 USB CALLING (27.225Mhz). Untuk UHF CB CH 19 477.23755Mhz, CH 30 477.375Mhz FM MODE sahaja.

Unofficial International Calling Frequency adalah 27.555Mhz, anda boleh cuba memanggil international CBer station di Frquency ini.


Satu lagi perkara yang perlu di ambil perhatian adalah kebanyakan CB RADIO perlu di sambungkan microphone pada microphone connector barulah speaker nya mengeluarkan bunyi, kalau tidak speaker CB radio langsung tidak mengeluarkan bunyi.. Seolah-olah rosak. !! JANGAN SAMPAI TERTIPU !!!

FACEBOOK / WHATSAPP- TR CB RADIO GROUP -MELAKA (MALAYSIA)



Anda boleh klik Unofficial Facebook & Whatsapp kami seperti 
di bawah untuk mendapat keterangan lanjut tentang CB radio.


                        https://www.facebook.com/Ranger-Communications-225171857889559/

       http://cbradio113dt104113mb104.blogspot.my/search?updated-min=2017-01-01T00:00:00-        08:00&updated-max=2018-01-01T00:00:00-08:00&max-results=1




Mr Joon Fook Boon ( MOBILE NO: 011-10980795)

Marketing & Product Development Manager

RANGER COMMUNICATIONS (M) SDN. BHD.(195992W)

8716, BATU BERENDAM FTZ III,

75350 BATU BERENDAM,

MELAKA, MALAYSIA.



TEL : +606-2835729 (EXT : 221)

FAX : +606-2835696





Friday, March 10, 2017

SELAMAT DATANG KE BLOG UNOFFICIAL KAMI TR CB RADIO GROUP




Selamat datang ke blog kami  TR CB Radio Group.
Kilang Ranger Batu Berendam, Melaka.Malaysia yang telah di tubuhkan pada 1972.
Blog ini di wujudkan adalah tujuan pemasaran  CB radio seluruh Malaysia.




Ranger Communications (M) Sdn.Bhd(195992W)